SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TUARID TAUD KENINGAU

 

 

            Sebelum Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud dibina dan dibuka untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran anak-anak penduduk Kampung Tuarid Taud, Kampung Kota Ayangan dan Kampung Toboh Laut bersekolah dibeberapa sekolah rendah yang sedia ada seperti SK. Pekan Keningau, SK. Luagan dan SRK. St. Francis Xavier Keningau. Pada masa itu murid sekolah yang datang dari kampung ini pergi ke sekolah dengan berjalan kaki dan berbasikal sahaja.

 

            Keadaan ini mendapat perhatian dan simpati daripada mantan alyarham Senator Dato Ariff Bin Haji Salleh. Beliau menghubungi ketua kampung-ketua kampung dari ketiga-tiga buah kampung ini supaya memohon sebuah sekolah bagi kemudahan anak-anak mereka belajar. Setelah permuafakatan diantara ketua-ketua ini diperolehi, alyarham Senator Dato Ariff Bin Haji Salleh berusaha sehingga permohonan tersebut mendapat kelulusan.

 

            Bangunan asal sekolah yang dibina di atas tanah kerajaan pada tahun 1965 telah mula digunakan pada tahun 1966. Lokasi sekolah ini terletak berhampiran dengan ketiga-tiga buah kampung yang disebutkan tadi. Oleh kerana Kampung Tuarid Taud merupakan kampung yang paling lama wujud diantara ketiga-tiga buah kampung tersebut, maka ketiga-tiga ketua kampung iaitu ;

Ketua Kampung Tuarid Taud - KK. Oripon Takasan

Ketua Kampung Toboh Laut   - KK. Kipau

Kampung Kota Ayangan         - KK. Asum B Bukil

telah bersetuju menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud Keningau.

 

            Semasa sekolah ini mula dibuka sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan sekolah yang berlantaikan simen atas tanah (ground floor) iaitu satu kelas dan satu bilik pejabat yang berukuran 6” x 10”. Apabila sahaja sekolah ini dibuka ramai daripada murid yang bersekolah di SK. Pekan, SK. Luagan dan SRK. ST. Francis Xavier Keningau telah berpindah ke sekolah ini. Jumlah murid yang telah mendaftar semasa sekolah ini mula dibuka ialah 90 orang. Oleh kerana satu bilik darjah tidak boleh menampung bilangan murid seramai 90 orang , maka satu bilik darjah sementara telah dibina secara bergotong-royong oleh penduduk ketiga-tiga buah kampung. Bangunan ini dibuat berlantaikan tanah dan dinding separuh bambu.

 

            Suasana belajar pada masa itu, sungguh tidak selesa tetapi murid dari sekitar sekolah ini tidak mempunyai pilihan sehinggalah pada tahun 1976 apabila bangunan baru Blok I yang dibiayai oleh Bank Dunia siap dibina.

__________________________________________________________________________________

Utama | Sejarah | Bangunan | Organisasi | Guru-guru | KTBM | Murid-murid